Saturday 19 December 2015

DRAMA

Drama Ustaz Amirul
Oleh Siti Jasmina Ibrahim

Dalam buku Kreativiti Kepengarangan 3 Genre: 12 Penulis terdapat sedikit scene pertama drama Ustaz Amirul yang di selitkan oleh Siti Jasmina Ibrahim. Pada permulaannya digambarkan pemandangan kampung, sawah pada waktu siang. Keadaan kampung dengan suasana yang tenang, hujan yang baru reda namun terdapat masih rintik-rintik sesudah hujan pada pokok dan bumbung rumah. Pemandangan kampung yang sekitarnya bersih, tenang. Terdapat pemandangan gunung-ganang dari jauh, langit biru dan sawah terbentang meluas, tanaman ladang yang subur. Ada haiwan ternakan berkeliaran dan bunga-bungaan segar.
Dalam buku ini siti Jasmina juga telah menampilkan voice over Ustaz Amirul. Ustaz Amirul berasa sangat rindu akan kampung halamannya, dia mengatakan bahawa sudah jauh merantau menimba ilmu di hujan emas luar sana, namun dia merasakan tempat tersebut tidak akan sama dengan tempat kelahirannya. Ustaz Amirul akhirnya telah kembali ke tanah airnya kembali mengutip apa yang pernah ditinggalkannya semasa ingin mengejar cita-citanya. Dalam scene kedua pada waktu siang di rumah Ustaz Amirul, di ceritakan terdapat gambar-gambar Ustaz Amirul semasa sekolah menengah dengan adik-adiknya, gambar sekeluarga di dinding yang terletak berdekatan dengan tempat telefon rumah. Kelihatan Hjh. Aisyah memegang telefon, termenung dan mengalirkan air mata. Ketika Khadijah keluar dari biliknya bersiap untuk pergi ke kerja, dia hairan melihat  ibunya termenung dan sedih, lalu dia bertanya mengapa dan siapa yang menelefon ibunya.  Hjh. Aisyah memandang anaknya, mengesat air mata dan senyum lebar. Hatinya kembali terharu lalu memegang tangan Khadijah. Ibunya memberitahu bahawa abangnya telah menelefon bahawa dia sudah sampai di Kuala Lumpur dan akan kembali ke kampung bersama Ustaz Taufiq. Khadijah telah memeluk ibunya dan Hjh. Aisyah berasa segala rindunya sudah terlepas. Khadijah mengatakan syukurnya.
            Pada scene ketiga iaitu di kawasan kampung pada waktu tengah hari. Pada ketika itu Khadijah berjalan kaki ke sekolah rendah dia mengajar, Anita menaiki basikal  bergaya, ketika melihat Khadijah, dia terus memecut mendekati Khadijah. Dia memanggil Khadijah dan menanyakan tentang kebenaran kepulangan Ustaz Amirul ke kampung. Semasa mereka berborak, Wahid telah mendatangi mereka menaiki motor. Wahid datang mengusik mereka tetapi mereka tidak melayan karenah Wahid. Anita memberitahu Wahid bahawa Amirul akan pulang ke kampung tetapi Wahid kelihatan tidak suka akan kepulangan Amirul. Semasa scene keempat, masih di rumah kampung Ustaz Amirul suasana petang. Ketika Hj. Aziz dan Hjh Aisyah baru selesai solat asar berjemaah di ruang tengah rumah, selesai berdoa Hjh. Aisyah menyalam suaminya dan air matanya tiba-tiba mengalir. Hj. Aziz menanyakan kepadanya tentang sebab ia menangis. Hjh Aisyah memberitahu bahawa dia sangat terharu kerana Amirul akan pulang semula ke kampung halamannya. Hj. Aziz menyatakan rasa syukurnya dan memberitahu Hjh. Aisyah supaya tidak bimbang tentang anak lelakinya itu. Hj. Aziz memeluk isterinya, lalu Hjh. Aisyah mengesat air mata dan senyum pada suaminya.. Pada ketika itu, Aizat pulang dari sekolah dengan keadaan comot, berpeluh-peluh. Aizat duduk berehat di hadapan pintu. Hj. Aziz menanya kepada Aizat bahawa dia dari mana, dan Aizat memberitahu dia baru dari sekolah bermain bola. Hjh Aisyah menyuruhnya untuk mandi, menunaikan solat lalu makan.

Penulisan Skrip atau Lakon Layar Cereka (TV dan Filem): Pengalaman dan Proses Penulisan.
Oleh Siti Jasmina Ibrahim
Siti Jasmina hanya menulis dalam dunia genre novel, cerpen dan puisi. Beliau mengatakan Tiga karya kreatif dalam genre ini mempunyai perkaitan dan juga perbezaan serta kekuatan masing-masing yang perlu di tekuni pemahamannya untuk seorang penulis itu dapat menghasilkan sebuah penceritaan dan pemikiran  dalam karya yang kuat dan bermakna. Genre cereka TV  atau filem merupakan sebuah genre penulisan kreatif juga, tetapi ada jurang perbezaan yang agak jauh juga dan perlu didalami cabang ilmu lain untuk membolehkan seseorang penulis itu menceburkan diri dalam dunia penulisan lakon layar. Kata-kata yang ditulis oleh penulis lakon layar, perlu mempunyai perasaan, luahan lambang keadaan yang mahu dinyatakan dalam sesebuah babak itu melalui visual. Beliau menyatakan bahawa satu lakon layar yang baik bukanlah hanya mampu  menyampaikan penceritaan dengan baik, tetapi juga mampu memberikan visual yang menarik dan sesuai bagi membantu seseorang pelakon untuk menghayati watak perwatakan yang akan dibawanya, memberi inspirasi ilham buat tenaga kreatif sesebuah produksi drama atau filem.
            Penulisan lakon layar, mempunyai ciri penting yang sama dengan penulisan  genre novel dan cerpen, iaitu adanya permulaan (eksposisi), pertengahan (komplikasi) dan pengakhiran (resolusi). Pada sebelum hujung resolusi, akan ada klimaks penceritaan. Katarsis juga boleh berlaku setelah cerita tamat. Siti Jasmina telah menuntut ilmu penulisan lakon layar ini dengan beberapa tokoh seni dan filem semasa belajar di Akademi Seni Kebangsaan. Beliau memberitahu satu elemen penting dalam penulisan lakon layar ialah pemahaman nilai psikologi, semiotik dan subteks sesebuah cerita itu melalui paparan dari babak ke babak dan perkembangan watak utama. Seorang penulis perlu cukup kenal dengan watak utama yang diciptanya. Selain itu, bahasa gambar (bahasa filem) visual amat penting. Untuk melahirkan penulis akan bahasa bergambar, penulis harus banyak menonton drama, filem dalam dan luar negara.  Satu lagi elemen penting yang perlu diambil perhatian ketika menulis skrip ialah dialog. Setiap watak yang wujud dalam skrip akan berdialog (kecuali watak bisu). Watak dan dialog yang diucapkan harus selari, meyakinkan, logik dan masuk akal.

            Pengalaman Siti Jasmina menulis skrip cereka TV sudah bermula sejak tahun 1998. Beliau mengatakan bahawa mencari seorang penulis yang  baik dan hasil kerja yang berkualiti adalah bukan sesuatu yang mudah. Beliau telah menulis pelbagai tema dalam skrip, beliau selalu menerima slot khas seperti Aidilfitri, Aidiladha, Hari Ibu, Hari Pekerja, Tahun Baharu, Hari Bapa, Maal Hijrah dan banyak lagi hari yang bersempena. Beliau juga ada mengatakan pengalaman yang menarik apabila beliau ditawarkan untuk menulis drama bersiri untuk TV3 bagi slot seram iaitu Puaka Niyang Rapik. Pada ketika itu, masyarakat mula sedar nama Siti Jasmina dalam dunia media skrin berbanding dalam dunia sastera. Namun beliau berasa syukur kerana ilmu dalam dunia sastera tidak pernah sia-sia. Beliau memegang cara Sasterawan Negara Datuk Shahnon Ahmad, iaitu tiga perkara penting dalam berkarya perlu ada dan disedari oleh penulis, iaitu pengalaman, ilmu dan imaginasi. Tiga perkara ini perlu bergerak seiring dan tidak boleh tertinggal salah satu dan barulah hasil kreatif akan terhasil.  Ketika proses bersama stesen TV, peranan penulis itu penting terutama apabila pihak penerbit meminta penulis skrip ikut datang ke sesi yang dinamakan pitching. Semua penerbit akan membawa jalan cerita masing-masing bersama dengan penulis skrip. Penulis harus sedar kelebihan penulisannya apabila dia mempunyai ruang untuk melihat setiap perkataan yang ditulisnya akan berlaku transformasi kepada bentuk visual. Beliau telah menyimpulkan bahawa dalam ruang sedar dunia layar dan dunia sastera banyak memberikan penglaman yang menarik, lagi-lagi ketika berurusan menjual skrip dan kemudiannya menonton intepretasi seorang pengarah itu memberikan visual buat hasil tulisan skrip. 



Taman Percakapan- Shamsudin Othman (Puisi)



Shamsudin Othman merupakan seorang individu yang sangat menyukai puisi sebelum bergelar penyair. Beliau sangat mengagumi penyair yang lebih berpengalaman seperti Usman Awang, Baha Zain, Latiff Mohidin, Zaen Katuri dan ramai lagi. Beliau sudah terdedah dengan dunia buku sejak beliau boleh membaca. Sejak kecil lagi beliau suka menyendiri tetapi aktif dan suka mendampingi buku-buku sejak kecil lagi. Seawal usoa enam tahun, beliau sudah didedahkan dengan aktiviti keagamaan iaitu dibawa oleh ayahnya ke masjid ilmu untuk menemaninya berzikir, berselawat dan berqasidah yang sentiasa didengarinya.  Akhirnya, daripada mengamati aktiviti keagamaan tersebut, beliau telah terpesona dengan alunan zikir, tahmid, selawat serta qasidah yang sentiasa didengarinya. Selain itu, beliau juga sering mempelajari buku tentang keagamaan seperti buku tamadun Islam hinggalah kepada sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah. Semasa dibangku sekolah, beliau juga merupakan seorang ahli pustakawan kerana beliau lebih berpeluang untuk menguliti bukudan membaca. Shamsudin Othman juga sangat suka mendeklamasi sajak secara senyap-snyap selain suka menonton permainan dan tarian kuda kepang, borongan dan kemplengaan Jawa yang terlalu kuat dengan tradisinya. Tradisi tersebut telah mendekatkan beliau dengan cerita Jawa termasuklah tentang kehebatan wali Songo dan Deponegoro. Bertitik tolak daripada itu, beliau mula mencintai dan serius dalam bidang sastera Melayu. 

Beliau juga minat terhadap lirik-lirik lagu yang puitis seperti dalam lagu Search, Scorpions dan beberapa lagi yang lain. Setelah itu, Beliau mula menulis bait-bait Indah lirik lagu tersebut tersebut di dalam buku nota dan biki catatannya. Catatannya yang bertajuk “akulah itu” yang ditulis dalam usianya enam belas tahun telah tersiar di dalam majalah Dewan Siswa pada Jun 1985 setelah guru Bahasa Melayunya menjumpai catatan tersebut. Selepas itu, Shamsudin Othman mula dikenali, namun belum bergiat aktif dalam bidang penulisan puisi sehinggalah beliau masuk ke dalam dunia pendidikan di Makhtab Perguruan Lembah Pantai, Kuala Lumpur pada tahu 1987 hingga tahun1989. Hal ini kerana beliau telah bertemu dengan Nawawee Mohamad yang menjadi pensyarah Bahasa dan Sastera Melayu dan juga seorang penyair tanah air. Nawawee Mohamad telah menjadi penyunting kepada sajak-sajak kecilnya itu sehingga mampu menembusi pelbagai media perdana khususnya seperti Berita Mingguan, Mingguan Malaysia dan Dewan Sastera.
Bermula tahun 1990-an, para pengkritik mula mengenali dan membedah karyanya. Namanya mulai disenaraikan dengan nama-nama penyair muda tanah air. Beliau juga mula memilih bacaan yang cenderung kepada kerohanian. Hal ini kerana beliau rasa bertanggungjawab terhadap agama dan bangsa dan merasakan bakat dan fitah yang Allah kurniakan harus digunakan kea rah yang lebih tepat iaitu menuju kebaikan terutama dalam bentu dakwah. Contoh  puisi yang berunsur kerohanian atau dakwah dalam Islam ialah puisi beliau yang bertajuk “Merawat Cinta di kaki Kaabah”. Shamsudin Othman percaya bahawa puisi tercipta daripada wahyu Allah. Bagi beliau, penyair yang baik ialah penyair yang mematuhi hukum-hukum agama Islam. Selain itu, bagi beliau, proses kreatif adalah satu proses pemikiran yang ingin menerbitkan idea, iaitu yang berlawanan dengan pemikiran kritis serta sentiasa membuat penilaian ke atas sesuatu idea baharu.
Memasuki tahun 1998, puisi beliau lebih bersifar “romantic-religius” atau lebih mudahnya puisi-puisi keinsafan yang penuh nuansa rohaniah dan insaniah. Dua faktor yang mendorong aliran dan jurusan puisi-puisi beliau kerana beliau sedang berusaha melahirkan teori kritikan sastera yang beliau namakan “Model Rasa Insaniah (MRI)” sebagai kajian PHD beliau dan kerana beliau kini memilih untuk menghabiskan waktu-waktu santai dengan mengikuti kuliah-kuliah agama serta mendampingi bab-bab tasawuf dan ketauhidan. Keputusan yang beliau pilih itu dipilih kerana sekurang-kurangnya dapat menyedarkan beliau supaya sentiasa beringat tentang hakikat kejadian insan. Beliau menyedari bahawa manusia yang merupakan seorang penulis itu mempunyai dwitugas yang diamanahkan oleh Allah kepada dirinya iaitu pertama sebagai khalifah, penulis itu mesti sedar tanggungjawab sosiobudaya dalam hal-hal berkaitan dengan sasiah, ekonomi, sosial mahupun budaya masyarakatnya. Dari aspek dakwah pula, penulis mesti berani menyatakan kebenaran bersandarkan hokum Al-Quran dan Al-Hadis.
Setelah hampir dua puluh tahun beliau memilih untuk menjadi penyair, dwifungsi itu mula sebati dalam jiwa beliau. Oleh sebab itu, sejak kebelakangan ini, puisi beliau tergambar jelas kehadiran nuansa Islamnya. Oleh itu, jelas bahawa Shamsudin Othman merupakan seorang penulis atau penyair yang sangat mementingkan unsur Islam dan dakwah di dalam karyanya. Melalui latar belakang beliau yang sememangnya telah didedahkan dengan keagamaan sejak kecil, maka beliau mengambil inisiatif untuk menulis dalam bentuk dakwah atau menulis untuk menyalurkan kebaikan dan kebenaran kepada para pembaca berdasarkan hokum Islam yang berlandaskan Al-Quran dan Al-Hadis. Terdapat beberapa yang tajuk puisi yang berunsur dakwah. Contohnya, Percakapan Cinta kepada Seorang kekasih, Percakapan Kepada Seorang Isteri, Percakapan kepada Seorang Sahabat, Taman Percakapan, Monolog Terima Kasih, Percakapan kepada Seorang Pencuri Cintaku dan sebagainya.


Ciri-ciri Shamsudin Othman Sebagai Seorang Penulis yang Baik

  • Berani menyatakan kebenaran bersandarkan al-Quran dan al-Hadis 
  • Menyedari dwitugas yang diamanahkan oleh Allah kepada penulis
  • Harus bertanggungjawab dengan apa yang ditulis 
  • Hendaklah bijak memanipulasikan segala pengalaman dan pengetahuan yang sedia ada bagi menggubah idea atau hasil baharu yang lebih baik daripada sebelumnya 
  • Menulis perkara yang benar dan tidak sekali berdusta
  •  Menulis berdasarkan hukum-hukum Islam
  • Mampu mencari idea dan menanti ilham
  • Bijak mencipta angan-angan, berilusi mahupun perlu berada dalam konsep kebebasan berkarya 
  •  Suka mencatat
  • Gemar dengan kata-kata yang puitis
  • Suka membaca
  • Rasa minat terhadap puisi yang mendalam 
  •   Suka mendeklamasi sajak
  •   Mempunyai bakat yakni kurniaan Allah

Cara Shamsudin Othman Menghasilkan Puisi atau Karya:
  •   Memanipulasi segala pengalaman dan pengetahuan yang sedia ada
  •  Banyak mencatat 
  • Melihat persekitara
  • Membaca hasil tulisan orang lain terutama penyair terdahulu
  • Menulis berdasarkah hukum al-Quran dan al-Hadis
  • Berilusi atau membayangkan sesuatu perkara sebelum menulis
  • Menulis tanpa mengira waktu dan tempat
  • Menulis atau menghasilkan karya di tempat yang tenang kerana itu beliau suka bersendirian




PUISI: Doa Puisi Si Fakir
Rahimidin Zahari




Aku tidak tahu
apa yang sedang aku cari
dan yang kuinginkan
daripada beribu buku
yang kubuka dan tekuni
hingga ditemukan aku
dengan seorang lebai Jawi
setiap kali kurapati
dijamunya aku dengan ilmu
yang menghadiahkan aku
dengan kamus al-Marbawi
dan berkali-kali
dipesannya, pelajari Iqhbal
dalami Inggeris dan Arabi
kerana disanalah 
berkilaunya mutiara ilmu.


Saya Sebagai Penyair
Rahimidin Zahari





PENGENALAN

Rahimidin Zahari dilahirkan di Becah Keranji, Peringat, Kota Bharu, Kelantan. Membesar dalam kehidupan kampung yang berlatar belakangkan sawah padi dan kebun getah. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Becah Keranji. Kehidupannya sederhana bersama keluarga.

Diceritakan kehidupan seharian beliau, setiap petang selepas pulang dari sekolah, ibunya akan menghantarnya mengaji al-quran di madrasah yang tidak jauh dari rumahnya. Beliau suka membaca iaitu membaca buku apa sahaja yang difahami bahasanya. Misalnya, dari kitab-kitab jawi karya Tuan Tabal, Sheikh Daud Al-Fatani, Sheikh Wan Ahmad Fatani, Syeikh Abdul Samad Al-Falimbani, Imam Al-Ghazali dan pelbagai lagi bahan bacaan yang dibaca. Setiap apa yang dibaca oleh beliau, akan ditelitinya dari baris ke baris. Beliau juga mengikuti pelbagai kuliah agama, tafsir al-quran dan hadis di Kota Bharu.

KECENDERUNGAN MENULIS PUISI

Rahimidin Zahari begitu meminati dunia sastera. Hasil daripada minat beliau membaca dan membaca itu akhirnya telah mendetikkan hatinya untuk menulis. Beliau tidak menganggap dirinya sebagai penulis sufi. Baginya proses pembacaannya yang tidak pernah berhenti seperti membaca karya-karya Hafiz, Rumu, Attar, Iqbal, Khayyam dan lain-lain karya penulis Islam. Beliau begitu minat dan pelajar yang begitu menekuni bidang tersebut.

Ramai yang menganggap karya-karya beliau sebagai puisi sufi. Namun beliau tidak pernah mengaggap puisinya sebagai puisi sufi. Hal ini kerana, beliau hanya peminat dan penganut Islam yang ingin mengikut jalan kebenaran. Disebabkan minat yang mendalam tersebut menyebabkan beliau menulis puisi-puisi keislaman. Beliau begitu mendalami tulisan Shah Walilullah al-Dehlawi, Syed Hussein Nasr, Fazlur Rahman, Ali Shariati, Syed Naquib Al-Attas, Abdullah Mohamed Nakula dan karya-karya yang seumpama itu. Beliau seorang peminat kesusasteraan dan keilmuan tentang Islam.

PROSES PENGHASILAN PUISI

Bagi Rahimidin Zahari proses penghasilan puisi bagi setiap penyair adalah berbeza. Beliau mempunyai cara tersendiri dalam menghasilkan puisi. Beliau hanya perlu membaca dan membaca dan apabila sesuatu peristiwa tersebut memberi kesan dan tersentuh, maka ia akan dipindahkan perlahan-lahan ke dalam baris dan rangkap.

Beliau akan menulis apa yang ingin ditulis dan sesuatu yang dekat dengannya. Beliau hanya akan menulis apabila ada "sesuatu" yang menyentuh beliau dan selebihnya adalah dari pembacaan beliau sendiri. Daripada proses demi proses membaca itulah terciptanya puisi beliau.

TENTANG PUISI-PUISI SUFI

Penyair Rahimidin Zahari beranggapan  puisinya bukan dalam kategori sufi, namun begitu karya Hamzah Fansuri boleh dikategori dalam puisi sufi. Beliau lebih suka istilah puisi kerohanian. Baginya itu lebih tepat dan bersesuaian. Hal ini kerana terdapat banyak contoh dan penghasilannya terus berkembang. Suhaimi Haji Muhammad, Abdulhadi Muhamad, Hadzrami AR, Moechrat Awang, Wan A. Rafar antara penyair Malaysia yang sarat dengan nilai-nilai kerohanian. Suasana dan perkembagan yang sama juga berlaku di Indonesia, Singapura dan selatan Thailand.

Secara peribadinya, Rahimidin Zahari menyatakan penulis puisi, bukannya sarjana yang mengkaji puisi.Beliau mengaggap dirinya masih dalam perjalanan untuk mencari cinta-Nya yang sejati dan masih berasa kerdil dalam dunia yang beliau masuki sekarang. Beliau berasa masih belum mampu untuk dilabelkan sebagai ahli puisi sufi.




Rona Bosphorus
Zaid Akhtar

Rona Bosphorus karya Zaid Akhtar menceritakan tentang anak muda daripada Malaysia yang berada di perantauan orang iaitu di Istanbul, Turki. Sebuah negara dua benua yang dipisahkan oleh selat kecil yang indah, simbolis kepada Bosphorus. Mereka melanjutkan pengajian, menebarkan ilmu di madrasah kerana terpanggil untuk mengambil demi mempertahankan prinsip dan tangunggjawab mereka sebagai orang yang memperjuangkan keadilan untuk mempertahankan martabat bahasa Arab yang makin dikecam oleh kerajaan Turki dan sebagainya setelah menyaksikan sendiri segala peristiwa yang berlaku di Istanbul. Hal ini dapat dilihat menerusi watak Afham dan rakan-rakannya yang lain mengambil berat segala peristiwa yang berlaku di Istanbul. Semasa berada di Istanbul, Afham mengenali beberapa insan iaitu Fahim, Erfan, Ilhan, Adam, Nik Hafiz, Amal Hayati, Emine dan Fayda. Suatu hari Ilhan mengajak Afham bersiar-siar di Dataran Sultanahmet untuk melihat suasana panorama waktu malam di Dataran Sultanahmet selepas selesai makan malam bersama rakan-rakan mereka. Ilhan merupakan seorang pemuda Turki yang sedang menyiapkan novel tentang suasana semasa negara Turki yang telah ditulisnya separuh jalan dan terasa payah untuk menyiapkannya. Ilhan terasa payah bukan kerana beliau mengangkat tema yang berat tetapi kerana Ilhan tidak sanggup menyiapkan karyanya kerana sedih mengenangkan nasib malang Islam di negaranya iaitu tentang isu pengharaman hijab, bahasa Arab, makar Yahudi, penutupan sekolah Imam Khatib dan kesan fahaman sekularisme. Ilhan berpesan kepada Afham untuk menyambung pembikinan novelnya jikalau beliau gagal menyiapkannya kerana hanya Afham yang memahami jiwa Ilhan. Apabila mereka tiba di rumah mereka, mereka mendapat tahu tentang tragedi letupan bom di Besiktas iaitu sebuah bangunan firma perniagaan milik Bulent Ozuzlu & Co. Musnah dijilat api. Afham berasa puas melihat kejadian itu di kaca televisyen kerana merekalah yang mengusir Fahim.
Pada suatu petang, Afham keluar hendak pergi ke pejabat wakil MAS di Istanbul untuk mendapatkan dua tiket penerbangan ke Kuala Lumpur untuk Siti Asiah dan juga Amal Hayati atas permintaan Fahim. Setelah selesai urusannya itu, Afham duduk disebuah bangku batu sambil memandang tebing Qarnul Zahabi atau lebih dikenali sebagai Halic kerana pada petang itu Afham ada temujanji dengan Emine. Afham mengenang kembali beberapa peristiwa sambil menunggu kehadiran Emine antaranya peristiwa perkenalan diantara mereka. Sejak mengenali Emine dan keluarganya hampir setahun lalu, Afham banyak mengenali latar belakang Emine. Emine yang dikenalinya dulu tidak berhijab dan agak lincah mulai berubah sedikit demi sedikit berkat didikan Amal Hayati setelah Afham menemukan mereka berdua. Selain itu, Afham juga mengingat kembali peritiswa  tentang Muhammad Al-Fatih dan tenteranya menawan kota Constantinople yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. berdasarkan sejarah yang pernah dibaca oleh Afham dan masih segar dalam ingatannya tentang sejarah unggul umat Islam itu. Emine masih belum menampakkan bayangnya dan Afham tiba-tiba teringat akan niatnya untuk ke rumah rakannya Erfan. Banyak yang ingin ditanyakannya iaitu bagaimana hasil rundingan Erfan dengan Fazil Hikmet berkenaan dengan madrasah tempat mereka berbakti. Setelah selesai mengerjakan solat fardhu maghrib di Masjid Yeni, Afham segera menunaikan niatnya untuk ke rumah Erfan yang terletak di Uzuncarsi Street, gegendangnya mendengar bunyi siren. Afham mengandaikan berlaku kemalangan di sekitar situ lalu Afham mempercepatkan langkahnya. Kelihatan beberapa buah kereta polis dan trak tentera yang memenuhi tempat meletak kereta blok pangsapuri yang didiami Erfan. Keadaan pada masa itu sangat sesak kerana orang ramai berkumpul lalu Afham menyelit-nyelit di celah-celah orang ramai yang dihalang mendekati bangunan pangsapuri oleh sepasukan tentera yang lengkap bersenjata. Hampir seminit Afham berkelintar dan berusaha meloloskan badan, akhirnya dia berjaya tiba dihadapan. Afham  kehilangan kata-kata dan terkejut kerana melihat Erfan ditangkap dan diheret dengan kasar masuk ke dalam trak mungkin kerana sikap optomisnya dalam menegakkan kebenaran dalam memartabatkan bahasa Arab.




PERJALANAN SEORANG PENULIS: BERDAKWAH LEWAT KARYA

ZAID AKHTAR

Zaid Akhtar atau nama sebenarnya Mohamad Yazid Abdul Majid lahir di Endau, Mersing pada 16 April 1977. Mendapat pendidikan awal di SK Teluk Lipat, Endau dan menengah di SMKA Segamat sebelum melanjutkan pelajaran dalam bidang Bahasa Arab di Universiti Yarmouk, Jordan (1995-2000). Selanjutnya Zaid beroleh Sarjana Pengajian Bahasa Moden (Bahasa Arab) di Universiti Malaya (2007-2010).
Tedapat dua punca bagaimana beliau boleh mnerjunkan diri dalam dunia penulisan, pertama buku sebagai puncanya. Beliau tidak pasti bila kecenderungan terhadap buku bermula tetapi beliau mula meratah siri-sri detetif Enid Blyton, Hardy Boys dan Nancy Drew seawal darjah tiga. Begitu juga dengan himpunan hikayat dan koleksi kisah para nabi, sahabat, tokoh Islam dan Melayu. Punca kedua ialah ibunya sebagai pendorong. Ibu Zaid Akhtar mulai menanam minat membaca kepada anak-anaknya setelah mereka boleh membaca. Biasanya, buku-buku cerita yang dipinjam ibunya daripada perpustakaan sekolahnya, adalah buku-buku yang baru sahaja tiba. Percaya dengan kecermatan dan kewaspadaan beliau menjaganya, buku-buku baharu itu berjaya dikhatam oleh beliau terlebih dahulu sebelum diproses oleh guru perpustakaan sekolah. Malah ibu Zaid Akhtar juga membelikan mereka komputer pada awal 90-an lagi. Zaid Akhtar memulakan dunia penulisan kreatifnya ketika beliau di Tingkatan Dua di SMKA Segamat (SMKAS) dengan penulisan cerpen. Cerpen sulungnya berjudul “Juara yang Tewas” dan disiarkan di dalam Dewan Siswa keluaran Januari 1994 malah terpilih memenangi HSSBR 1994.
Pelbagai cabaran yang dilalui beliau dalam penghasilan penulisan kreatif.  Zaid Akhtar juga meneruskan bidang penulisannya dalam genre novel berdasarkan kata seorang penulis iaitu jika mahu lebih diingati sampai bila-bila sebagai penulis, tulislah novel dan juga disebabkan tokoh Sasterawan Negara A. Samad Said yang menghasilkan Salina pada usia-23 tahun – sebaya dengan umur belaiu pada masa itu. Lantas segalanya bermula apabila pihak Utusan Publications & Distributors (UPND) mengadakan Klinik Novel Remaja Utusan pada 26 Ogos sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2000 di PWTC. Terdapat beberapa peristiwa yang terjadi semasa beliau menghadiri klinik ini iaitu terhasilnya sinopsis novel yang berjudul “ Lambaian Sri Mersing”  kerana ianya peserta yang mengikuti Klinik itu dikenakan syarat untuk membawa sinopsis novel masing-masing dari ruamh. Seterusnya, sinopsis beliau terpilih untuk dibedah secara terbuka semasa klinik itu berlangsung oleh Dr. Othman dan Hizairi. Sinopsis beliau dikritik itu ini dan pelbagai lagi. Beliau menerimanya secara terbuka dan usai klinik, beliau berasa tercabar. Hizairi sendiri meminta saya merealisasikan  sinopsis itu. Maka terhasillah Sesegar Nailofar yang jauh sama sekali daripada sinopsis asalnya. Ia berbaur pengalamannya sendiri semasa aktif dalam persatuan pelajar, isu semasa, dan kebencian terhadap Yahudi Zionis. Sesegar Nailofar berjaya memenangi tempat ketiga Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2000 dan begitulah permulaan bagaimana Zaid Akhtar melibatkan diri dalam penulisan genre novel.
            Seterusnya, beliau mengetengahkan dakwah dalam penulisan beliau contohnya dalam novel Rona Bosphorus. Kebanyakan kesemua protagonis dalam novel-novel beliau ditampilkan sebagai seorang pelajar Islam yang bercita-cita tinggi, kuat semangat Islamnya, memiliki sifat-sifat mahmudah, bijak bertindak dan sangat peka dan sensitif dengan ehwal sekelilingnya, kerana beliau berpendapat, dalam sebuah novel Islami, watak sebegitulah yang perlu ditonjolkan sebagai qudwah hasanah yang kita mahukan tegal pembacaanya sedikit sebanyak akan terkesan dengan bahan bacaannya. Beliau juga berpendapat pembaca kontemporari mesti peka dengan isu-isu semasa, nasib umat Islam di tempat lain , malah harus prihatin dengan ancaman musuh-musuh Islam yang merosakkan umat Islam dengan ghazwul fikri (serangan pemikiran) dan ghazwul thaqafi (serangan budaya) yang sangat terancang. Setelah belasan tahun menulis, beliau menyedari betapa penulisan adalah medium dakwah yang penting. Bak kata bijak pandai, pena itu lebih tajam daripada pedang. Malah kebanyakan tokoh pejuang Islam adalah sasterawan seperti Imam Syafi’i dan Syeikh Muhammad Al-Ghazali yang memiliki puisi mereka sendiri. Zaid Akhtar mengatakan beliau tidak mahir berpidato atau berceramah jadi melalui penulisanlah wasilah dakwah beliau. Justeru, beliau melihat amar ma’ruf nahi munkar adalah tuntutan yang utama, yang perlu dilaksanakan oleh setiap dai’e, yang perlu diterjemahkan oleh setiap penulis Islam dalam penulisannya. Zaid Akhtar menyatakan “tuntutan” itu sudah cukup untuk mewajarkan penulis untuk berdakwah menerusi pena dengan menulis karya-karya yang menuju ke arah pelaksanaan kedua-duanya. Ia adalah ibadah yang akan ditanya kelak, maka tidak boleh tidak, penulisan karya harus dilaksanakan dengan penuh sedar dan bijaksana demi agama dan ummah, dengan hati dan jiwa yang sentiasa mendambakan mardhatillah. Inilah yang menjadi tunjang penciptaan novel Rona Bosphorus dimana Zaid Akhtar mengetengahkan tentang isu-isu semasa, nasib umat Islam yang berlaku di Istanbul, Turki dan juga terdapat dakwah.




Bulan Berbisik
Aima Adawiyah, satu nama yang bisa menggetarkan jiwa dan raga seorang lelaki. Sentiasa teringat dan terkenang akannya, dia menggunakan alasan untuk belajar agama untuk mendekati lelaki yang bergelar pensyarah itu. Dalam novel ini, pengarang bijak mengetengahkan watak dua orang perempuan iaitu Khadijah, seorang isteri yang melayari bahtera perkahwinan dan Aima Adawiyah, seorang mualaf yang mencari erti sebuah kehidupan baru.
Khadijah yang secara tidak sengaja terbaca emel Kahlil Irfan iaitu cinta hatinya dan anak-anaknya menanggung derita yang sangat perit. Lumrah wanita, walau ianya menyakitkan Khadijah tetapi inging menyelongkar emel-emel suaminya. Pengarang telah menunjukkan sifat wanita yang tabah dan dalam masa yang sama cemburu dalam watak Khadijah ini. Meski Khadijah dalam keadaan yang derita, dia tetap merindui suaminya itu. 
Aima Adawiyah sebenarnya terperangkap dalam labirin cinta mainan Kahlil Irfan. Berjawatan pensyarah agama tidak melepaskan dia dari sebarang dosa. Khadijah terpaksa menanggung sakit jiwanya apabila dia sangat menginginkan suaminya tetapi dalam masa yang sama menolaknya. Hal ini membuatkan dia mengambil keputusan untuk mengerjakan umrah. Pulang dari umrah, Khadijah telah bernekad untuk melamar Aima bagi pihak suaminya. Malangnya Aima menolak dan meninggalkan Kahlil. Kahlil kembali kepada Khadijah dan mereka masih suami isteri. Khadijah juga telah menemui cinta sejatinya iaitu cinta pada Allah. Dalam novel ini, dapat dilihat bahawa pengarang iaitu Samsiah Mohd Nor menamatkan kisah ini dengan sempurna apabila Khadijah telah menemukan cinta yang paling kekal iaitu cinta pada Yang Esa. Hal ini menunjukkan yang pengarang cuba membuatkan pembaca berfikir dan mendapat manfaat hasil nukilannya. Mudah-mudahan.

Proses Kreatif: Apabila Kalam Berbicara
Samsiah Mohd Nor sebenarnya mula mengeksperesikan nikmatnya melalui seni lukisan dan lakaran. Lukisan kartun milik beliau telah disiarkan di majalah Gila-Gila dan Geli hati yang barangkali beliau masih di bangku sekolah atau menunggu keputusan SPM. Kemudiannya minatnya berpindah ke arah seni penulisan sastera. 
Cerpen pertamanya iaitu Keranaku Lida dicipta ketika beliau berusia 18 tahun. Beliau mencuba nasib dengan menghantar cerpen setebal 8 muka surat itu ke majalah URTV tetapi tidak terjawab. Seterusnya dia mencuba dengan Cermin dan hasilnya tetap sama. Akhir sekali, cerpen pertamanya yang tersiar bertajuk Sindora berjaya menarik minat editor majalah tersebut. Nazeri Nong Samah, editor pada ketika itu yang banyak melihat novel milik beliau, tidak diluluskannya kerana tidak menepati piawaiannya. Namun begitu, Nazeri Nong Samah terus memberikan dorongan yang memberi keseronokan kepada Samsiah Mohd Nor untuk terus menulis. 
Selepas cerpen pertamanya tersiar, beliau diberi kepercayaan menulis novel bersiri majalah di URTV. Sentuhan Kasih itu bersiaran selama dua tahun. 
Kemudiannya, novel Kemboja Berguguran tercetus akibat dari peristiwa kematian seseorang yang bermakna dalam hidup beliau. Yang kemudian dileretkan dalam novel Bebunga Lalang. Tema dalam dua novel ini adalah persahabatan. Kisah tragis yang dialaminya, ditumpahkan dalam Tangisan Bulan Madu (TBM)Bukan sahaja TBM ditamatkan dengan episod lara, malah novel seperti Sindora, Anom Suraya, Selimut Malam dan banyak lagi turut dileraikan dengan episod lara. Namun, novel Sejernih Lazuardi membawa satu titik perubahan pada penulisan beliau. Episod-episod dalam novel ini dipenuhi dengan perjuangan para wanita. Sangkar pula bercerita tentang putusnya silaturrahim antara dua beradik. Ianya merupakan imaginasi beliau tentang kehidupan manusia. 



Cerpen Setenang Cahaya Hati karya Salina Ibrahim mengisahkan tentang ujian dan keperitan yang diharungi oleh seorang wanita akibat daripada kesilapan silam suaminya. Cerpen ini menceritakan Umi Maryam dan suaminya yang bersama-sama membangunkan Baitul Sakinah, satu rumah perlindungan hasil titik peluh dan minat mereka yang sama terhadap aktiviti kebajikan. Kehidupan mereka sangat bahagia sehinggalah alam rumah tangga mereka diuji apabila suaminya telah berkahwin dengan Masniah.Namun jodoh mereka tidak berpanjangan, apabila suaminya membuat keputusan menceraikan Masniah setelah mengharungi beberapa konflik dengan keluarga pihak perempuan. Walaupun hati Umi Maryam terobek kerana perkahwinan itu berlaku tanpa pengetahuannya, namun dia mampu menguatkan dirinya untuk menerima kesilapan silam suaminya itu. Umi Maryam memaafkan suaminya demi masa depan anak-anak mereka iaitu Aida Nurani dan Aida Marini. Namun, tidak lama kemudian, selepas kematian suami yang disayangi, emosi Umi mula meroyak dengan kehadiran seorang gadis, Aisyah az-Zahra yang mendakwa dirinya anak kepada suaminya hasil perkongsian hidup dengan Masniah. Kehadiran Aisyah sedikit sebanyak membuatkan hati Umi Maryam terasa pilu kerana sebelum ini tidak pernah diberitahu oleh Walid tentang kewujudan anak tirinya itu. Perkara tersebut hampir dilupakan setelah 20 tahun berlalu. Sifat Umi Maryam mula berubah apabila Umi Maryam mula mengurungkan diri di dalam bilik dengan melakukan ibadat kepada Allah swt bagi mencari ketenangan dalam dirinya. Perubahan ini disedari oleh anak sulungknya iaitu Aida Nurani. Umi Maryam sedaya upaya berfikiran positif terhadap arwah suaminya. Hal ini demikian apbila Umi menganggap kemungkinan arwah Walid tidak mengetahui akan kehamilan Masniah. Sifat kasih sayang dan tanggungjawab dapat ditonjolkan menerusi watak Umi Maryam apabila dia berasa sangat risau sekiranya tanggungjawab suaminya akan disoal di akhirat kelak gara-gara kebajikan Aisyah terabai sekiranya benar Aisyah adalah anak kepada suaminya. Namun, Aisyah hadir bukan ingin menuntut haknya, sebaliknya dia mencari keluarga ayahnya kerana ingin menunaikan hajat arwah ibunya yang menyuruh dia mencari keluarga ayahnya dan pada masa yang sama dia sudah tiada sesiapa di dunia ini. Pada pengakhiran cerita, Aida yang pada mulanya menganggap ibunya tidak mengetahui tentang perkahwinan ayahnya dengan Masniah, telah dijelaskan oleh ibunya bahawa ibunya sudah lama mengetahui tentang rahsia perkahwinan ayahnya itu kecuali tentang kewujudan anak tirinya itu.




Bagi Salina Ibrahim, mengarang adalah satu kewajipan.Jika dibandingkan 20 tahun dahulu, beliau beranggapan bahawa aktiviti menulis hanya sekadar suka-suka dan dijadikan hobi masa lapang. Beliau telah mencagarkan Ijazah Sarjana amUDA Syariah yang beliau miliki untuk mendapat jawatan sebagai Editor Buku Bahasa Malaysia( jawatan asal yang dipohon adalah Editor Buku Pendidikan Islam). Kemudiaan, beliau beralih arah menjadi wartawan majalah Al-Islam terbitan Kumpulan Utusan Melayu selama lima tahun. Salina Ibrahim terus bergiat aktif dengan menjadi wartawan dan Editor selama tujuh tahun termasuk enam bulan terakhir sebagai Editor Pengurusan Majalah Islami dengan Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd.Kesemua pengalaman ini sedikit sebanyak telah meningkatkan tahap keyakinan terhadap masa depan beliau dalam dunia penulisan.


Genre Cerpen: Padat tetapi menarik
Salina Ibrahim pernah meninggalkan dunia penulisan cerpen untuk seketika kerana yang pertama, disebabkan kekangan masa melayani proses transisi kerjaya dan kedua, memberi tumpuan dalam bidang penulisan novel. Pada tahun 2005 beliau nekad menulis semula cerpen dan sebanyak enam buah cerpen beliau disiarkan di media cetak dan sebuah daripadanya meraih Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU). Kebanyakkan cerpen yang beliau hasilkan sangat terkesan dihati beliau sendiri dan cerpen beliau banyak diilhamkan melalui isu atau peristiwa benar yang terjadi di alam realiti.
            Salah satunya adalah “Memaknakan Cinta” yang tersiar di akhbar Utusan Melayu Mingguan pada 13-19 November 2005. Cerpen ini hasil pengalaman beliau ketika mengikuti seminar menangani keganasan jenayah di Port Dickson.Disana beliau berjaya mendapatkan maklumat daripada wakil wanita FELDA tentang kes sumbang mahram yang semakin kritikal di sana. Melalui maklumat dan cerita-cerita yang beliau peroleh telah menghasikan sebuah cerpen yang banyak menggunakan permainan psikologi untuk menghidupkan watak seorang anggota polis yang menyiasat kes sumbang mahram kanak-kanak yang bernama Cinta.

Cerpen “Imam” pula terhasil selepas tersebarnya isu Amina Wadud yang mengimamkan solat Jumaat di Manhattan,Amerika Syarikat.Ekoran peristiwa tersebut sedikit sebanayak membuatkan beliau terfikir bertapa kita sebagai umat Islam amat sensetif dan cepat melatah apabila dicuit dengan isu agama.Beliau menegaskan bertapa hebatnya permainan musuh Islam, dimana mereka sajikan kita dengan kelekaaan melayan kemarahan sementara mereka menjajah secara senyap-senyap menerusi ekonomi, sosial dan politik. Dalam cerpen Imam ini, watak Cik As yang misteri telah diwujudkan sebagai gambaran Amina Wadud untuk memberi peringatan kepada umat bahawa dengan kembali kepada ruas agama akan menujukan kita ke jalan kejayaan yang sebenar. Cerpen ini telah tersiar dalam Mingguan Malaysia pada 5 Mac 2006 dan mendapat pengikhtirafan daripada HSKU pada tahun itu.





Penulisan Novel: Cabaran pada diri sendiri

Setakat tahun 2010, beberapa buah novel telah beliau hasilkan antaranya Mahligai (Creative Enterprise Sdn. Bhd., 2001), Anjung Warisan (CESB, 2002), Untukmu Hana…(CESB, 2003), Kombinasi Bunga Cinta (CESB, 2004), Atas Nama Kasih (CESB, 2004), Syurga Di Hati (CESB, 2006), Bukan Yang Pertama (PTS Litera Utama Sdn. Bhd., 2008), Setenang Cahaya Hati (Alaf 21 Sdn. Bhd., 2010) dan beberapa buah novel bersiri yang masih berlangsung di media cetak.Salina Ibrahim mula menceburkan diri dalam bidang penulisan novel sejak tahun 1997 apbila beliau mencabar dirinya sendiri. Sekitar tahun 1998, beliau sudah menyiapkan sebuah manuskrip novel remaja berjudul Bunga Cinta sekitar 150 halaman muka surat. Karya beliau akhirnya terkubur setelah mendapat komentar daripada seorang editor Dewan Bahasa dan Pustaka pada ketika itu. Sebagai seorang yang masih baru dalam bidang penulisan novel, tidak dinafikan beliau sangat gementar mendengar komentar daripada editor tersebut. Tidak lama kemudian beliau menulis novel Juang dan berjaya mendapat perhatian Dewan Siswa yang pada ketika itu adalah majalah yang difrancaiskan penerbitannya kepada Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd. Novel Juang ini telah ditrbitkan secara berkala dalam Dewan Siswa sepanjang tahun 1999. Beliau turut menyimpan hasrat untuk menerbitkan novel untuk bacaan dewasa. Beliau telah menulis dua buah novel serentak iatu Mahligai(tajuk asalnya Mahligai Kaca) dan Anjung Warisan. Kedua-dua buah novel ini beliau telah kembangkan daripada dua buah cerpen yang pernah beliau tulis beberapa tahun yang lepas. Namun dua buah naskhah itu tertangguh dalam computer bertahun-tahun berikutan kurang tegas terhadap diri sendiri dan kurang disiplin dalam menulis. Namun pada masa yang sama beliau telah menghasilkan Bunga Cinta dan Juang dan novel tersebut berjaya disiapkan, barangkali jalan ceritanya lebih pendek.
          
Konsep dakwah bil-hal telah ditonjolkan dalam novel Setenang Cahaya Hati selepas dalam novel Bukan Yang Pertama. Konsep tersebut dipamerkan menerusi amalan keluarga yang mengusahakan rumah perlindungan untuk wanita dan remaja teraniaya. Watak-watak seperti Umi Maryam, Aida Nurani, Haji Zahid dan Hajah Asyikin mempamerkan watak munfiqun (orang yang menginfaqkan harta kearah kebaikan).Beliau berpeluang bertemu dengan beberapa pengasas rumah perlindungan. Pengalaman dicerca, dikeji jiran tetangga dan kenalan, kesukaran mendapat bantuan kerajaan, diserang oleh suami wanita yang dilindungi antara cerita yang dikongsi bersama beliau. Penulis turut memerhati keadaan penghuni yang mengalami tekanan psikologi dan ketakutan terhadap orang luar. Pengalaman ini sedikit sebanyak memberi ilham dan inspirasi kepada beliau untuk menerbitkan novel ini.
            Penulis berpendapat menulis dapat menjadi terapi dalam kehidupan. Selain itu, beliau turut berkongsi terdapat tiga penekanan yang perlu dilakukan ketika menulis iaitu, memberi pendidikan, memberi maklumat yang tepat sebaik mungkin kepada pembaca dan terakhir memberi hiburan kepada pembaca kerana fitrah manusia yang gemar akan hiburan.

Cerpen : Mencari Locus Standi

Nisah Haji Haron
Cerpen ini mengisahkan mengenai E-jay dan  kawannya Azhan Harith dalam perjalanan menuju ke Negeri Sembilan iaitu kampungnya membuka sebuah cerita mengenai percintaan seorang puteri dari Seri Menanti yang bercinta dengan Putera Johor. Percintaan yang berputik dari England ketika kedua-duanya belajar di sana diharapkan dapat bersatu ketika kembali ke tanah air. Azhan Harith terus menceritakan kepada E-jay mengenai cinta kedua pasangan yang ditentang oleh keluarga itu. Mereka ditentang kerana mempunyai adat yang berbeza. Sang puteri berlatarkan adat perpatih yang sama sekali bertentangan dengan adat temenggung yang dipegang oleh Sang Putera. Sewaktu di England, mereka telah berjanji setia seperti tidak melakukan perbuatan yang tidak waras seperti Romeo dan Juliet. Dalam perjalanan pergi ke kampung Azhan Harith, dia sempat menunjukkan E-Jay tempat-tempat yang berhampiran dengan kampungnya. Cerita kemudian disambung mengenai puteri yang masih setia menunggu si Putera yang menyebabkan keluarganya bimbang dikatakan menyimpan seorang andalusia tetapi ternyata keluarganya masih memahami keinginan anak gadisnya itu. Si Putera tidak berputus asa, malah mendesak terus-terusan keluarganya supaya mengizinkan dia menikahi puteri tersebut. Akhirnya keluarga si Putera mengizinkan dia berkahwin dengan Puteri tetapi selepas berkahwin, Si Putera tidak dibenarkan pulang ke Johor dan pernikahan mereka dilakukan secara senyap-senyap dan berurusan di pihak perempuan sahaja. Pasangan tersebut menikah di rumah milik rumah wan Azhan Harith. Azhan Harith turut mendedahkan kepada E-Jay mengenai adat perbilangan yang di amalkan dalam adat Perpatih serta sempat menemu bual Datuk Lembaga untuk mengetahui perbilangan tersebut dengan lebih terperinci. Perbilangan ini menarik minat E-Jay yang bukan keturunan Negeri Sembilan. Hal ini demikian kerana dia berasakan bahawa perbilangan mempunyai konsep persefahaman, bunyi puitis dan seirama serta tidak lari daripada firman-firman Allah yang mengajak hambanya supaya berfikir.  Cerita cinta yang diceritakan oleh Azhan Harith merupakan kisah keluarganya sendiri dan bapanya.





Mengarang Derita Yang Nikmat

Nisah Haji Haron

Nisah Haji Haron sebagai pengarang telah menunjukkan minatnya untuk mengarang sejak dari kecil lagi apabila beliau sendiri akrab dengan buku. Beliau juga menunjukkan minat yang mendalam apabila membaca buku bahasa Inggeris dan sering meminjam buku yang terdapat di perpustakaan di sekolahnya. Beliau pada awalnya berasa begitu payah untuk menjadi pengarang tetapi beliau mencabar dirinya sendiri jika orang yang tidak mampu melihat boleh menulis, kenapa beliau tidak? Akhirnya bermulalah episode kehidupannya yang menjadi seorang penulis dengan mesen taip lama milik ibunya.

Proses Kreatif Mencari Locus Standi

Penulis menulis manuskrip Mencari Locus Standi (MLS) pada tahun 2003. Sewaktu menulis novel ini beliau masih lagi bertugas sebagai peguam dan manuskrip ini dihasilkan semasa beliau mempunyai waktu lapang. Menulis bab demi bab bukanlah semudah yang disangkakan dan untuk novel MLS ini beliau hanya merancang secara kasar sahaja. Kisah asasnya, merupakan cerita mengenai sekumpulan remaja yang menuntut di dalam bidang undang-undang. Novel yang sulung sememangnya sebahagian besar daripada pengalaman beliau sendiri yang berbaur dengan unsur fiksyen.

Penulis telah membahagikan proses penulisan kepada beberapa bahagian iaitu:

1)  Pokok cerita: Memasukkan isu wasiat dalam Islam. Bagaimana orang Islam boleh meninggalkan wasiat? Isu ini timbul kerana rasa jengkel menonton drama televisyen yang memaparkan orang Islam berwasiat sama seperti orang bukan Islam; sedangkan hakikatnya dari segi undang-undang hal ini jauh berbeza.
2)    Membina watak: Pada mulanya, penulis telah mencipta watak-watak utama iaitu Elaiza Jasmin (E-Jay), Azhan Harith dan beberapa orang kawan-kawannya. Nama-nama seperti Ibu Mustika, Emir Johan timbul sedikit kemudian, ketika penulis sedang membina bab-bab yang berkenaan. Untuk watak-watak ini, penulis memberikan gambaran fizikal dan peribadi dalam bentuk nota ringkas. Fungsi nota ringkas hanya untuk rujukan peribadi penulis.

Cabaran Menulis MLS

 Cabaran untuk penulis menyiapkan MLS ini ialah:
1)  Cabaran memulakan ayat pada bab yang pertama. Cabaran ini akan dilalui oleh mana-mana  pengarang. Mencari permulaan terbaik untuk sesebuah bab memakan masa berhari-hari dan apabila  penulis teringat pesanan Gabriel Marquez mengenai permulaan yang baik, beliau terus mempunyai  semangat memulakan bab dengan baik.
2)    Cabaran yang terdapat dalam usaha menghasilkan sesebuah bab ialah menyermpurnakan bab.  ayat pertama sesebuah bab merupakan puncak kejayaan bagi setiap penulis. Hal ini demikian kerana, setiap bab hendaklah dirancang dengan baik supaya sesebuah bab itu mudah untuk  disudahkan. Penulis perlu menggariskan peristiwa yang terdapat di sesebuah bab. Setiap peristiwa itu berfungsi untuk menggerakkan cerita dan menolaknya sehingga ke bab yang berikut. Jika peristiwa tidak dirancang dengan baik sesuatu bab itu boleh tersangkak dan tidak dapat di habiskan dengan baik.
3)      Cabaran yang terbesar ialah pernah tersangkak di bab 17 kerana beliau tidak mengetahui kesudahan ceritanya. Masalah timbul apabila tidak mengetahui jalan untuk menyambungkan antara bab demi bab. 

Tuesday 15 December 2015

NOVEL

Assalamualaikum dan haiiii buat semua yang sudi melawat blog ini. Jom kita berkenalan dengan penulis seterusnya iaitu Kamariah Kamarudin. Di dalam buku Kreativiti 3 Genre: Kepengarangan 12 Penulis turut diselitkan novel karya beliau yang bertajuk Sebuah Syakirah. Kamariah Kamarudin merupakan pensyarah Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi di Universiti Putra Malaysia.




Novel Sebuah Syakirah

Novel ini mengisahkan tentang hubungan persahabatan yang terjalin antara Hanim dan Ikmal. Namun mereka terpaksa berpisah membawa haluan masing-masing dalam menyambung pelajaran ke luar negara bagi menuntut ilmu. Sebelum pergi ke luar negara menyambung pelajaran, Ikmal dan Hanim telah berjumpa dan dalam pertemuan itu Ikmal mengharapkan kata-kata semangat daripada Hanim buatnya namun Hanim tidak mengendahkannya yang membuatkan Ikmal terasa hati dengan sikap Hanim yang seakan tidak ambil peduli dan mengambil berat tentangnya. Hanim jadi keliru apabila Ikmal berubah menjadi dingin dan beremosi saat Ikmal menghantarnya pulang. Setelah seminggu Ikmal meninggalkan tanah air, Hanim menghitung hari tanpa menerima perkhabaran dari lelaki itu. Hanim juga menerima tawaran masuk ke universiti luar negara iaitu di Minden. Hal sebenarnya adalah Ikmal telah menelefon rumah Hanim sehari sebelum dia pergi namun tiada siapa yang menjawabnya. Oleh demikian, Ikmal telah meninggalkan pesanan kepada adiknya, Ilham supaya mengirimkan salam kepada Hanim. Sepanjang mereka berpisah, mereka saling mengingati antara satu sama lain namun disebabkan ego mereka berdua hanya mendiamkan diri. Dalam masa yang sama, ibu Hanim iaitu Hajah Syarifah memasang niat untuk menjodohkan Hanim dengan anak rakannya iaitu Ungku Zahrah namun ditahan dahulu niatnya demi kebaikan Hanim yang masih belajar. Suatu hari, Hanim membaca ruangan yang ditulis oleh A. Kadir Ahmad dalam ruangan majalah Mastika mengenai Sepuluh Cara untuk Mendisiplinkan Diri iaitu hendaklah bersyukur, ikhlas, amanah, bercakap benar, belajar, berusaha, bekerja dan beramal, sedarkan diri sendiri, merendahkan diri, kasihkan agama kita, ingatkan mati dan ingat dan memuji Allah. Bacaannya itu mengingatkannya kepada Ikmal. Di akhir cerita, Hanim masih terkilan sikap Ikmal yang melawan kehendak orang tuanya walhal itulah pegangannya selama ini dan bagi Hanim soal hati dan cinta bukan proritinya. 


SUMBER INSPIRASI YANG MENGILHAMKAN EMOSI DAN SENI DALAM TAKAH-TAKAH PROSES PENGKARYAAN

OLEH: KAMARIAH KAMARUDIN

Dalam proses pengkaryaan sesebuah karya sastera, tanpa mengira genre sastera, sama ada novel, cerpen, puisi atau dramaa, pasti setiap pengarang mempunyai sumber inspirasi yang tersendiri. Elemen sumber inspirasi penting bagi seseorang pengarang melakarkan proses pengkaryaan kerana ia menerbitkan bauran emosi yang akhirnya dapat diterjemahkan dalam bentuk seni dalam sesebuah karya satera. Justeru dalam hal itu, sepanjang Kamariah Kamarudin bergelut dalam dunia pengkaryaan, antara perkara yaang menjadi tunjang bagi seseorang penulisan dapatlah dikategorikan sebagaimana berikut:

1.  Langkah-langkah berkarya
      - Nawaitu
      - Iqra'
      - Tafakur
      - Tazakur
      - Qalam
    
2. Sumber berkarya
      - Pengalaman
      - Penyelidikan
      - Pergaulan
      - Penumpuan
      - Dorongan

3. Matlamat berkarya
      - Tajdid
      - Tarbiah
      - Fikrah
      - Tabaruk
      - Risalah
      - Khatimah













Paya Purnama Karya S.M Zakir




Sinopsis cerita Paya Purnama karya S.M Zakir

Cerita Paya Purnama menceritakan tentang watak “dia” iaitu penulis sendiri yang mengimbas kembali nostalgia lama yang telah dilaluinya semasa zaman kanak-kanak. Penulis mengemukakan dunia nostalgia yang menjadi tempat penting dalam sejarah hidupnya masa kecil. Di sebuah paya yang mempunyai mitos terdapatnya perahu Puteri Sadong itu merupakan dunia yang indah dan bermakna bagi dia. Di paya itu juga tempat dia dan dua orang sahabat karibnya iaitu Soh Chan Heng dan Hakim menempa zaman kanak-kanak yang bahagia. Baginya suasana paya yang sunyi, dipenuhi tumbuhan dan haiwan menciptakan sebuah suasana yang mengasyikkan. Selain itu, di paya itu juga tempat mereka menagkap ikan Sepilai untuk dilagakan. Dia selalu singgah ke paya itu apabila pulang dari sekolah. Dia merupakan yang paling nakal antara mereka bertiga. Dia suka membuli Hakim dan berlaku kasar terhadapnya. Namun, walaupun dia nakal dan kasar dalam perlakuan tetapi dia sebenarnya mempunyai hati yang baik. Contohnya, dia melawat Hakim yang sedang sakit. Mereka mampu membina persahabatan yang erat sehingga saling memahami antara satu sama lain dalam usia yang masih muda. Walau bagaimanapun, persahabatan mereka tidak kekal lama, kerana semasa di penghujung tahun tiga, dia terpaksa mengikut keluarganya berpindah ke Pulau Pinang dan meninggalkan paya yang menjadi dunianya serta dua orang sahabat baiknya. Selepas itu mereka tidak pernah bertemu lagi. Setelah tiga puluh tahun, dia datang ke dunia paya iaitu tempat dia mengukir seribu kenangan indah. Rupanya dunia paya sudah tertimbus. Tertimbus bersama-sama sejarah yang cukup aneh. Dia tidak singgah ke rumah Hakim mahupun kedai ayah Soh Chan Heng. Dia mahukan persahabatan yang aneh itu kekal tetapi anehnya persahabatan itu tidak mewujudkan keinginan untuk bertemu. Benarkah dia pernah mempunyai sahabat semasa kecil yang bernama Soh Chan Heng dan Nik Danial Hakim ? Dia juga tidak pasti kerana ingatan di usianya yang terlalu muda itu samar-samar. Mungkin dia hanya mereka-reka cerita sepertimana yang selalu dilakukannya apabila menulis cerpen. Namun, hal yang paling diingatinya ialah lagu perpisahan yang dinyanyikan secara beramai-ramai.


Bagaimana cerpen Paya Purnama dihasilkan? Cerita dari Lubang Ingatan hasil tulisan S.M Zakir ada jawapannya. Saya akan cuba membincangkan tentang bagaimana penulis menghasilkan cerita Paya Purnama secara lebih terperinci berdasarkan Cerita dari Lubang Ingatan. Cerita dari Lubang Ingatan memperkatakan tentang pengalaman-pengalaman yang dilalui oleh watak “dia” iaitu S.M Zakir sendiri selaku penulis dalam cerpen Paya Purnama. Melalui pengalaman masa lampau atau pengalaman pada zaman kanak-kanak S.M Zakir yang samar-samar, beliau telah menghasilkan cerita yang mampu mencuit hati setiap pembaca yang membacanya. Walaupun peristiwa yang diceritakan oleh penulis tidak dapat dipastikan dengan tepat secara keseluruhannya, namun penceritaannya sangat berkesan dan menarik.

Cerita dari Lubang Ingatan berdasarkan cerpen Paya Purnama karya S.M Zakir:
S.M Zakir telah dilahirkan di Jalan Kebun Sultan, Kota Bharu, Kelantan. Allahyarham ayahnya bekerja sebagai seorang guru. Memori zaman kanak-kanak beliau yang paling awal mungkin bermula di Kota Bharu kerana sewaktu beliau kecil mereka sekeluarga tingal di kuarters guru di Sekolah Merbau ketika berusia lima tahun atau enam tahun. Menurut Carl Gustav Jung, memori zaman kanak-kanak ketika berusia lima tahun disebut sebagai lubang ingatan iaitu kejadian-kejadian zaman infantik yang samar-samar dalam ingatan. Zaman infantik merupakan suatu bentuk psikiprimitif yang hilang daripada diri manusia. Ia kemudiannya akan muncul sebagai mimpi dalam bentuk kepingan-kepingan mitologi yang aneh. Walau bagaimanapun, mungkin zaman infantik yang dimaksudkan oleh Jung ialah zaman yang lebih awal dalam peringkat paling awal usia manusia. Maka sebenarnya tiada memori di situ kecuali psiki yang wujud dalam aliran bawah sedar.
            S.M Zakir telah memasuki alam persekolahan pada tahun 1976 di Sekolah Kebangsaan Tengku Indera Putera. Pada ketika itu usianya tujuh tahun. Oleh itu, hasil tulisan cerpen Paya Purnama ialah untuk menimba kembali kenangan-kenangan indah dunia kanak-kanak beliau. Antara kenangan beliau itu ialah termasuklah apabila bersama dua orang sahabat yang seusia dengannya, S.M Zakir bergayut pada kayu beluti yang menjadi tiang penggalas bangunan lalu menimpa kepalanya. Setelah itu, mereka sekeluarga berpindah ke sebuah rumah baharu di kawasan Paya Purnama. Paya itu akan menjadi terang setiap bulan purnama.
Selain itu, kenangan lain yang beliau ingat ialah apabila beliau merasa pasir jatuh berguguran dari pokok rambai yang besar di hujung pagar rumahnya yang berhampiran dengan paya. Walaupun pada zaman kanak-kanak beliau ditakutkan denan cerita-cerita hantu masyarakat Kelantan tetapi S.M Zakir tidak pernah mempercayainya. Kenangan di dunia paya yang menyoronokkan bagi S.M Zakir ialah apabila bermain di paya, mencuri-curi turun mereda semak dan bermain berseorangan di paya tersebut. Beliau tidak takut pacat dan lintah. Kenakalannya terserlah apabila beliau membakar mercun yang disuap dalam mulut katak sehingga meletupkan perutnya dan mengikat mercun di kaki kucing sehingga kucing melompat menggila dan membaling batu kepada anak anjing yang tersekat di lubang.
Dunia paya sangat istimewa bagi S.M Zakir. Ia bagaikan sebuah dunia yang terpisah daripada dunia sebenar di rumah dan kota saya. Suasana yang sunyi , dipenuhi tumbuhan dan haiwan menciptakan sebuah suasana yang mengasyikkan bagi S.M Zakir. Di paya itu, beliau akan melagakan ikan-ikan sepilai dan ikan pelaga, memanjat pokok dan dahan yang berjuntai sehingga ke tengah paya, melihat kiambang, kangkung, ikan-ikan malah ular yang ada di tengah-tengah paya. Ia juga menceritakan kedegilannya apabila setiap kali pulang dari sekolah dia akan melalui jalan paya dan tidak mengikuti kakak-kakak dan abangnya. Kedegilannya akan membuatkan adik-beradiknya dimarahi oleh ibu mereka.
Di sekolah pula S.M Zakir tidak mempunyai teman yang ramai dan lebih suka bersendirian. Walau bagaimanapun, akhirnya selama pulang berjalan kaki dari sekolah, beliau menjadi rapat dengan dua orang rakan sekelas yang sama-sama pulang berjalan kaki ke arah yang sama dari sekolah. Mereka ialah Soh Chan Heng dan Nik Danial Hakim. Persahabatan mereka aneh kerana walaupun S.M Zakir seorang yang agak kasar dalam perlakuannya tetapi Soh Chan Heng dan Hakim tetap ingin berkawan dengannya. Beliau selalu membuli dua orang sahabatnya itu atau menjadikan mereka adikung yang mengikut semua kehendaknya. Apabila Hakim merajuk, S.M Zakir akan segera mencari jalan untuk memujuknya, beliau akan meminta maaf  atau kadang-kadang juga tidak tetapi persahabatn itu bertaut kembali. Apabila salah seorang dari sahabatnya tidak ke sekolah, beliau akan berasa sunyi. Contohnya peristiwa semasa S.M Zakir tidak ke sekolah dan Hakim mencarinya dan begitu juga sebaliknya.
S.M Zakir sering mengajak dua orang sahabatnya itu untuk ke paya namun hanya Soh Chan Heng yang kadang-kadang mengikuti beliau kerana ayahnya akan memastikan Soh Chan akan balik segera dari sekolah untuk membantu di kedai mereka. Kalau pun Hakim pergi ke kawasan paya itu, dia hanya akan duduk di tepi paya sambil menunggu S.M Zakir siap bermain atau menyelongkar dunia paya yang digemari olehnya. Hakim seorang budak yang baik dan pembersih. Oleh sebab itu, dia jarang bermain di paya tersebut malah tidak akan melalui jalan paya sekiranya tidak dipaksa oleh S.M Zakir.
Setelah tiga puluh tahun berlalu, S.M Zakir menulis sebuah cerpen yang berjudul        “ Paya Purnama”. Beliau menghasilkan cerpen ini melalui lubnag ingatan di dunia paya. Selain itu, Paya Purnama juga adalah tentang cerpen alam persekolahan beliau dalam darjah satu di Sekolah Tengku Indera Putera bersama dua orang rakannya, Nik Danial Hakim dan Soh Chan Heng. Kedua-dua sahabat ini terputus hubungan setelah beliau meninggalkan tanah Kelantan ketika di penghujung darjah tiga dan tidak kembali lagi untuk menetap di situ. S.M Zakir meninggalkan Kelantan pada usia Sembilan tahun iaitu ketika berakhirnya usianya di darjah tiga. Hari terakhir persekolahan sebelum bercuti panjang, lagu “Bertemu dan Berpisah” dinyanyikan. Hati beliau sebak ketika menyanyikan lagu tersebut. 
S.M Zakir membesar di Pulau Pinang dan kemudiannya ke Selangor dan berkampung halaman di Bandar Baru Bangi. Setelah itu, beliau tidak pernah lagi bertemu dan mendengar khabar tentang dua orang rakannya itu. S.M Zakir menulis cerpen Paya Purnama dan membayangkan apakah kedua-dua orang ini benar-benar wujud atau cuma ilusi dari zaman kanak-kanak yang tercipta dalam jiwa bawah sedarnya. Beliau menikmati kenangan manis yang samar.
Cerpen Paya Purnama adalah sebuah dunia utopia yang datang dari lubnag ingatan. Ia wujud dalam kolaj-kolaj ilusi dan realiti yang bergaul. Selain itu, beliau melihat kepingan-kepingan metodologi  Jung dari lubang ingatan zaman kanak-kanak yang muncul menjadi mimpi-mimpi dalam dunia bawah sedar beliau. Maka S.M Zakir telah meletakkan tanda tanya sama ada Nik Danial Hakim dan Soh Chan Heng itu watak yang benar-benar wujud atau sebuah ilusi yang datang dari lubnag ingatannya. Oleh itu, S.M Zakir menyimpulkan bahawa cerpen “Paya Purnama” ialah kehidupan hanyalah sebuah mimpi. Apa yang pasti, cerita “Paya Purnama” datang dari lubang ingatan zaman kanak-kanak yang paling primitif.